ABAbu Bakar Abdullah

Landing Page Express

Terma & Syarat

Versi: 29 September 2026. Terma ini terpakai untuk pakej Express, Express Pro dan add-on yang dibeli bersamanya. Dengan membuat bayaran, anda bersetuju dengan terma di bawah.

1. Apa yang anda dapat

  • Express: satu (1) landing page dari templat niche, sehingga 3 produk atau servis, butang WhatsApp, pemasangan dan hosting asas. Anda sediakan copy dan gambar melalui borang onboarding. 1 pusingan revisi.
  • Express Pro: semua dalam Express, sehingga 6 produk atau servis, copy ditulis oleh saya, borang pre-qualify sebelum WhatsApp, setup Meta Pixel dan event Lead. 2 pusingan revisi.
  • Templat niche direka dari kosong oleh saya sendiri dan disesuaikan dengan maklumat anda.
  • Produk atau servis tambahan melebihi had di atas memerlukan add-on "Page tambahan" atau pakej Custom.

2. Apa yang TIDAK termasuk

Landing Page Express ialah page pemasaran statik yang siap-bina. Ia tidak termasuk:

  • backend, pangkalan data, admin panel atau CMS (anda tidak boleh log masuk untuk mengedit sendiri);
  • payment gateway, troli, checkout atau kedai online (e-commerce);
  • shipping, pengurusan stok atau pesanan;
  • akaun pengguna, log masuk ahli, sistem tempahan atau kalendar;
  • integrasi custom dengan sistem lain (CRM, API, aplikasi), selain yang dinyatakan dalam pakej atau add-on;
  • penggambaran, video, reka bentuk logo atau penjenamaan;
  • bajet iklan dan pengurusan iklan (tersedia sebagai perkhidmatan berasingan);
  • email hosting dan domain (domain tersedia sebagai add-on).

Semua di atas boleh dibina melalui pakej Custom (bermula RM2,499), dengan sebut harga berasingan.

3. Bahan, onboarding dan masa siap

  • Borang onboarding dihantar dalam 1 hari bekerja selepas bayaran.
  • Masa siap (72 jam untuk Express, 5 hari bekerja untuk Express Pro) dikira selepas semua bahan lengkap diterima, pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum).
  • Kelewatan menghantar bahan atau maklum balas akan melewatkan tarikh siap.
  • Jika bahan tidak diterima dalam 30 hari selepas bayaran, projek dianggap ditangguhkan. Anda boleh menyambungnya dalam tempoh 6 bulan dari tarikh bayaran; selepas itu projek dianggap tamat tanpa refund.

4. Revisi dan perubahan

  • Satu pusingan revisi bermaksud satu senarai pembetulan yang dihantar sekali gus, dalam 7 hari selepas draf diterima.
  • Revisi meliputi pembetulan pada page yang sama, bukan perubahan skop, templat atau struktur baru.
  • Selepas revisi dalam pakej habis, atau selepas page siap: RM50 setiap perubahan kecil (teks, gambar, harga, nombor telefon) dan RM150 setiap section baru atau perubahan layout. Saya maklumkan kos dahulu sebelum mula.
  • Page atau projek tambahan dicaj mengikut harga add-on "Page tambahan".

5. Bayaran

  • Bayaran penuh dibuat terlebih dahulu melalui FPX, Apple Pay atau Google Pay, pada harga yang dipaparkan semasa checkout.
  • Harga pelancaran (untuk slot terhad dan dalam tempoh tertentu) tertakluk kepada slot yang masih ada semasa bayaran, dan anda bersetuju untuk memberi testimoni jujur selepas page siap.
  • Special Offer ialah harga peribadi untuk tempoh terhad: sah hanya untuk email yang membukanya, dalam tempoh yang dipaparkan, sekali untuk setiap orang, dan tidak boleh dimulakan semula. Selepas tamat, harga semasa terpakai.
  • Kupon, jika ada, hanya sah dalam tempoh dan syarat yang dinyatakan, dan tidak boleh ditukar kepada tunai.

6. Polisi refund

  • Refund penuh jika diminta dalam 14 hari selepas bayaran dan sebelum anda menghantar borang onboarding (iaitu sebelum kerja bermula).
  • Selepas borang onboarding dihantar, kerja dianggap telah bermula dan tiada refund diberikan, termasuk jika anda berubah fikiran.
  • Add-on yang telah dibeli dan dilaksanakan (contohnya domain yang telah didaftarkan) tidak boleh direfund.
  • Permintaan refund dibuat melalui email ke [email protected], dan diproses ke kaedah bayaran asal.

7. Kandungan dan tanggungjawab anda

  • Anda bertanggungjawab atas ketepatan semua maklumat, harga, tawaran dan dakwaan yang dipaparkan.
  • Anda bertanggungjawab memastikan page mematuhi keperluan agensi, syarikat, badan kawal selia (contohnya nombor REN, pendedahan takaful) dan undang-undang yang berkaitan.
  • Anda mesti mempunyai hak untuk menggunakan semua gambar, logo dan tanda dagangan yang anda berikan.
  • Saya berhak menolak kandungan yang menyalahi undang-undang, mengelirukan atau melanggar hak pihak lain.

8. Hosting dan domain

  • Hosting asas disediakan tanpa yuran tahunan melalui penyedia pihak ketiga (Cloudflare). Ketersediaannya bergantung kepada penyedia tersebut, dan saya boleh memindahkan page ke penyedia lain yang setara.
  • Hosting asas adalah untuk landing page pemasaran biasa, bukan untuk trafik atau penggunaan luar biasa.
  • Domain (jika dibeli sebagai add-on) adalah untuk setahun; pembaharuan tahun berikutnya adalah tanggungjawab anda.

9. Hak milik dan portfolio

  • Kandungan yang anda berikan (teks, gambar, logo) kekal milik anda.
  • Selepas bayaran penuh, anda mendapat hak untuk menggunakan page tersebut bagi perniagaan anda. Templat, reka bentuk asas dan kod kekal milik saya dan boleh digunakan semula; kod sumber dan akses pelayan tidak diserahkan.
  • Saya boleh memaparkan page anda dalam portfolio saya, kecuali anda meminta sebaliknya secara bertulis.
  • Page memaparkan kredit kecil "Landing page oleh Abu Bakar Abdullah" di bahagian paling bawah, yang memaut ke laman saya. Kredit ini boleh dibuang atas permintaan, dengan caj yang dimaklumkan terlebih dahulu.

10. Tiada jaminan hasil

Saya membina page dengan tujuan membawa leads yang berkualiti, tetapi saya tidak menjamin jumlah leads, jualan, prestasi iklan atau keputusan perniagaan, kerana ia bergantung kepada banyak faktor di luar kawalan saya (tawaran, harga, iklan, pasaran dan tindakan susulan anda).

11. Had liabiliti

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, jumlah liabiliti saya berkaitan perkhidmatan ini adalah terhad kepada jumlah yang anda bayar untuk pakej tersebut. Saya tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung, kehilangan keuntungan atau gangguan perniagaan.

12. Lain-lain

  • Komunikasi projek dibuat melalui email ke [email protected].
  • Terma yang terpakai ialah versi yang dipaparkan semasa anda membuat bayaran. Versi dan masa persetujuan anda direkodkan bersama pesanan.
  • Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.

Kembali ke Landing Page Express