ABAbu Bakar Abdullah

Landing Page Express

Landing page yang bawa leads WhatsApp berkualiti, bukan sekadar website cantik.

Untuk ejen hartanah, takaful & jualan yang nak nampak profesional dan berhenti jawab soalan sama 50 kali sehari. Siap dalam 72 jam.

  • Dalam digital marketing sejak 2011
  • Bayaran selamat FPX / Apple Pay / Google Pay
Demo pakej Express Pro · Ejen Coway
Contoh landing page Ejen Coway: Page konsultasi penapis air & udara

Bonus untuk setiap client

LeadBoss: sistem urus leads anda.

Semua leads anda, satu tempat. Tiada lead tercicir. Leads dari page anda masuk sendiri, siap dengan skor, progress dan peringatan follow-up.

6 bulanpercuma dengan Express

12 bulanpercuma dengan Pro

LeadBoss

Live

Leads
128
Panas
41
Follow-up
6
Closed
23
  • M

    Mei LingPanas

    Penapis air · Petaling Jaya

    Baru
  • H

    HafizSuam

    Nak beli dalam 3 bulan

    Dihubungi
  • A

    AinaPanas

    Bajet RM500k · Shah Alam

    Follow-up
  • R

    RaviSejuk

    Tanya harga sahaja

    Dihubungi
Contoh paparan dengan data contoh. Rupa akhir mungkin berbeza sedikit.
  • Leads masuk sendiri

    Setiap borang dari page anda terus masuk: nama, telefon dan jawapan pelawat.

  • Skor leads

    Panas, suam atau sejuk, supaya anda call yang paling bersedia dulu.

  • Progress setiap lead

    Baru, dihubungi, follow-up, closed atau tak jadi. Nampak semua dalam satu skrin.

  • Peringatan follow-up

    Set tarikh follow-up, dan LeadBoss ingatkan anda. Tiada lagi lead yang dilupakan.

  • WhatsApp satu klik

    Buka WhatsApp terus dari lead, dengan nama dan jawapan dia di depan mata.

Akses dibuka Disember 2026. Tempoh bonus dikira dari hari akses anda dibuka, bukan dari tarikh bayar.

Tanpa vs dengan landing page

Masalahnya bukan kurang leads. Masalahnya leads yang salah.

Beza antara WhatsApp yang penuh soalan sama, dan WhatsApp yang terus ke viewing.

Tanpa landing page

  • Client Google nama anda dan tak jumpa apa-apa, jadi mereka pergi ke ejen lain yang nampak lebih profesional.
  • WhatsApp penuh dengan orang tanya harga, lepas tu hilang.
  • Iklan Facebook mahal sebab Meta tak tahu siapa bakal pembeli sebenar.

Dengan landing page

  • Client jumpa page yang kemas, dengan nama dan nombor REN anda.
  • Orang yang WhatsApp dah tahu harga, lokasi dan syarat.
  • Pixel beritahu Meta siapa yang jadi lead, jadi iklan belajar cari orang yang serius (Pro).

Cara ia berfungsi

Page ni duduk di antara iklan anda dan WhatsApp anda.

  1. 1

    Iklan / Post

    Facebook, Instagram, TikTok atau status WhatsApp.

  2. 2

    Landing page

    Info penuh + borang pre-qualify.

  3. 3

    WhatsApp

    Leads yang dah tahu harga, lokasi dan syarat.

  4. 4

    Closing

    Masa anda untuk orang yang serius.

Untuk siapa

Dibina untuk ejen yang hidup dengan komisen.

Hartanah

Projek, harga dan lokasi di satu tempat, dengan borang yang tapis pembeli serius.

Takaful

Terangkan pelan dengan jelas dan kumpul maklumat asas sebelum mula bersembang.

Ejen Jualan

Coway, kereta dan lain-lain: promosi, pakej dan butang WhatsApp, siap dikongsi di iklan dan status.

Personal Brand

Kad nama digital yang jual diri anda, bukan syarikat anda.

Apa yang anda dapat

Semua yang page anda perlukan untuk bawa leads.

Butang WhatsApp siap-isi

Client tekan sekali, mesej dah tersedia. Anda terus tahu mereka datang dari page mana.

Mobile-first

Kebanyakan client buka dari Facebook dan Instagram di telefon.

Laju & selamat

Hosting asas percuma (tiada yuran tahunan), SSL, pemasangan dan optimasi kelajuan.

Borang pre-qualify

Pro

Bajet, kawasan dan tempoh, sebelum mereka WhatsApp.

Meta Pixel + Lead event

Pro

Supaya Meta belajar siapa bakal pembeli sebenar.

Copywriting penuh

Pro

Saya tulis ayat yang buat orang tekan WhatsApp, bukan ayat brosur.

Nombor pendaftaran & revisi

Ruang untuk REN / nombor ejen. 1 revisi (Express), 2 revisi (Pro).

Contoh hasil kerja

Macam ni rupa page yang bawa leads.

Contoh untuk dua niche paling popular, kedua-duanya pakej Express Pro: setiap butang bawa ke borang pre-qualify, dan borang terus buka WhatsApp dengan jawapan pelawat. Page anda guna templat niche yang sama, dengan maklumat dan gambar anda. Walaupun templat, setiap templat niche dihasilkan dari kosong oleh saya sendiri.

Demo pakej Express Pro · Ejen Coway
Contoh landing page untuk Ejen Coway

Ejen CowayPakej Express Pro

Page konsultasi penapis air & udara

  • Borang pre-qualify: produk, kawasan & bila nak dapatkan
  • Semua butang bawa ke borang, bukan terus ke WhatsApp
  • Borang buka WhatsApp dengan jawapan pelawat
Demo pakej Express Pro · Ejen Hartanah
Contoh landing page untuk Ejen Hartanah

Ejen HartanahPakej Express Pro

Page konsultasi & projek baharu

  • Projek pilihan dengan harga, lokasi & nombor REN
  • Borang pre-qualify: jenis, lokasi, bajet & plan beli
  • Borang buka WhatsApp dengan jawapan pelawat

Pakej & harga

Pilih pakej anda.

Bayaran sekali. Hosting asas percuma, tiada yuran tahunan. Add-on boleh ditanda terus di checkout.

Express

Untuk ejen yang nak page profesional, cepat.

-20%harga promo

Harga asal RM999

RM799Jimat RM200

  • 1 landing page dari templat niche* (hartanah / takaful / ejen)
  • Sehingga 3 produk / servis
  • Butang WhatsApp dengan mesej siap-isi
  • Hosting asas percuma (tiada yuran tahunan), pemasangan, optimasi kelajuan & keselamatan
  • Anda isi borang onboarding (copy + gambar)
  • Borang pre-qualify sebelum WhatsApp (bajet, kawasan, tempoh) Pro sahaja
  • Setup Meta Pixel + Lead event Pro sahaja
  • 1 pusingan revisi
  • Bonus: LeadBoss 6 bulan

Siap dalam 72 jam selepas bahan diterima

Paling Popular

Express Pro

Untuk ejen yang run iklan dan nak leads yang dah bersedia.

-40%harga promo

Harga asal RM1,499

RM899Jimat RM600

  • 1 landing page dari templat niche*, diubahsuai untuk anda Pro
  • Sehingga 6 produk / servis Pro
  • Butang WhatsApp dengan mesej siap-isi
  • Hosting asas percuma (tiada yuran tahunan), pemasangan, optimasi kelajuan & keselamatan
  • Saya tulis copy penuh selepas anda beri maklumat onboarding (copy + gambar)
  • Borang pre-qualify sebelum WhatsApp (bajet, kawasan, tempoh) Pro sahaja
  • Setup Meta Pixel + Lead event Pro sahaja
  • 2 pusingan revisi Pro
  • Bonus: LeadBoss 12 bulan Pro

Siap dalam 5 hari bekerja

* Walaupun templat, setiap templat niche dihasilkan dari kosong oleh saya sendiri.

Skop pakej

Termasuk

  • 1 landing page, sehingga 3 (Express) / 6 (Pro) produk atau servis
  • Butang WhatsApp, borang (Pro: pre-qualify) dan Meta Pixel (Pro)
  • Pemasangan, hosting asas dan optimasi kelajuan
  • Revisi dalam pakej: 1 (Express) / 2 (Pro)

Tidak termasuk

  • Payment gateway, troli, checkout atau kedai online
  • Shipping, stok dan pengurusan pesanan
  • Admin panel atau CMS untuk edit page sendiri
  • Akaun pengguna, sistem tempahan dan integrasi custom

Perubahan selepas revisi habis: RM50 setiap perubahan kecil, RM150 setiap section baru. Butiran penuh dalam Terma & Syarat.

Add-on

  • Domain .com / .my RM100

    Anda beri idea nama, saya semak dan daftarkan untuk setahun, siap disambung ke page.

    Tanda terus di checkout

  • Page tambahan RM179 setiap satu

    Contoh: satu page untuk setiap projek. Pilih kuantiti di checkout.

    Tanda terus di checkout

  • Setup Meta Ads + 1 bulan pengurusan Hubungi saya

    Saya run iklan anda sendiri. Harga ikut bajet dan skop.

    Bincang melalui emel

Nak saya run iklan anda, atau perlukan sesuatu yang custom? [email protected].

Proses 72 jam

Empat langkah. Tiada meeting.

  1. 1

    Bayar

    FPX, Apple Pay atau Google Pay. Resit terus ke email.

  2. 2

    Isi borang onboarding

    Dihantar dalam 1 hari bekerja. Isi copy dan gambar anda.

  3. 3

    Saya bina

    Express: 72 jam selepas bahan diterima. Pro: 5 hari bekerja.

  4. 4

    Page live + revisi

    Anda semak, saya betulkan, dan page siap dikongsi.

Kenapa bukan…

Soalan jujur, jawapan jujur.

PerkaraDIY guna AILanding Page Express
Masa anda5–10 jamIsi satu borang
CopywritingAnda tulis sendiriTemplat niche · Pro: saya tulis
Borang pre-qualifySetup sendiriAda (Pro)
Pixel & trackingSetup sendiriAda (Pro)
Fokus pada leadsTidakYa, itu tujuannya

“Saya boleh buat sendiri guna AI.”

Kalau boleh, silakan. Tawaran ini memang bukan untuk anda. Tapi kalau anda tak ada masa, atau tak mahu pening kepala dengan hal teknikal, design dan copywriting, serahkan pada saya. Anda fokus pada apa yang anda paling mahir: closing.

“Perlu ke?”

Bergantung pada anda. Kalau anda mahu selangkah di hadapan pesaing, landing page ialah jenama digital anda: ia memberi tanggapan pertama yang kuat dan membina kepercayaan, sebelum client pun bercakap dengan anda.

“Ada yang lagi murah.”

Silakan, itu hak anda. Tapi dengan saya, anda terima landing page yang saya sendiri sanggup guna, dan saya takkan serahkan kerja yang saya sendiri tak senang tengok. Setiap page dibina dari kaca mata seorang founder dan performance marketer: saya bukan sekadar nak close, saya nak berbangga dengan hasil kerja saya. Kalau yang paling murah tetap pilihan anda, saya faham. Harga ini sudah serendah yang saya mampu untuk menghargai masa, kemahiran dan tenaga yang saya letak dalam setiap page.

“WhatsApp je dah cukup.”

WhatsApp tak hilang, ia jadi lebih berkualiti. Orang yang WhatsApp selepas baca page dah tahu harga, lokasi dan syarat.

“Company dah bagi website.”

Website company jual syarikat. Page ni jual anda.

Tentang saya

Abu Bakar Abdullah

Performance Marketing · E-commerce · Conversion Systems

2011
Dalam pemasaran digital
2017
Mula membina & mengendalikan jenama sendiri
End-to-end
Dari acquisition hingga conversion

Saya bermula dalam pemasaran digital pada 2011, dan sejak 2017 membina serta mengendalikan jenama sendiri. Dua sisi itu, pemasar dan pemilik bisnes, membentuk cara saya melihat sebuah website.

Bagi saya, landing page adalah sebahagian daripada customer acquisition system. Setiap halaman bermula dengan strategi: siapa yang datang, apa yang mereka mahu, dan apa yang mereka perlu lihat untuk bertindak.

Prinsip sebelum saya mula mereka
“Apa yang seseorang perlu faham dan percaya sebelum mereka bersedia mengambil tindakan?”
Abu Bakar Abdullah

Soalan lazim

Soalan yang selalu ditanya.

Apa berlaku selepas bayar?

Anda terima resit melalui email serta-merta, dan borang onboarding dihantar dalam 1 hari bekerja.

Macam mana nak bayar?

FPX (online banking semua bank utama Malaysia), Apple Pay atau Google Pay.

Apa itu Special Offer?

Harga istimewa RM499 (Express) / RM549 (Pro), sah 4 jam dari saat anda membukanya dengan nama, email dan nombor telefon. Ia perlu dibuka dalam 15 minit dari saat ia ditawarkan kepada anda. Ia terikat pada email tersebut, sekali untuk setiap orang, dan tidak boleh dimulakan semula. Selepas tamat, harga promo RM799 / RM899 terpakai.

Apa itu LeadBoss?

Sistem pengurusan leads saya sendiri: leads dari page anda masuk automatik, dengan skor, progress dan peringatan follow-up. Percuma 6 bulan (Express) atau 12 bulan (Pro). Akses dibuka Disember 2026, dan tempoh bonus dikira dari hari akses anda dibuka, bukan dari tarikh bayar. Selepas tempoh bonus, anda boleh sambung (yuran dimaklumkan lebih awal) atau eksport semua leads anda.

Tahun depan kena bayar lagi?

Untuk hosting, tidak: hosting asas percuma, tiada yuran tahunan. Kalau anda ambil domain sendiri (.com / .my), domain perlu diperbaharui setiap tahun dan saya maklumkan dari awal. Tiada kos tersembunyi.

Boleh tambah payment gateway, troli, shipping atau sistem tempahan?

Tidak dalam Express atau Pro. Ini landing page pemasaran, bukan kedai online. Payment gateway, e-commerce, shipping, akaun pengguna dan integrasi custom boleh dibincang sebagai projek custom: emel saya di [email protected].

Ada admin panel / CMS untuk saya kemas kini sendiri?

Untuk page, tiada. Ini landing page statik siap-bina, bukan website dengan CMS. Anda tidak boleh log masuk untuk edit page sendiri; semua perubahan dibuat oleh saya. Yang anda log masuk ialah LeadBoss, untuk urus leads.

Boleh ubah selepas siap?

Boleh, melalui saya. Termasuk 1 revisi (Express) / 2 revisi (Pro) sebelum page dianggap siap. Selepas itu, RM50 setiap perubahan kecil (teks, gambar, harga) dan RM150 setiap section baru atau perubahan layout. Saya maklumkan kosnya dulu sebelum mula.

Saya ejen berdaftar. Ada maklumat wajib nak dipaparkan?

Ya, templat ada ruang untuk nombor pendaftaran (REN / ejen). Anda bertanggungjawab sahkan keperluan dengan agensi atau syarikat anda.

Tak pasti sesuai?

Tanya saya dulu. Saya beritahu dengan jujur. [email protected]

Sedia untuk leads WhatsAppyang lebih berkualiti?

Special Offer · Express RM499RM799