Home >> Perniagaan Internet >> Adsense >> Cara Buat Duit dengan Google Adsense

Cara Buat Duit dengan Google Adsense

Buat duit dengan Google Adsense. Google Adsense merupakan satu program yang dibangunkan oleh Google khusus buat mereka yang mahu menjana pendapatan dengan memaparkan iklan yang disediakan oleh pihak mereka. Iklan Google Adsense banyak disiarkan atau dipaparkan melalui blog berbanding dengan platform lain.

Baiklah, wahai pembaca yang budiman sekalian. Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan lagi tentang idea buat duit iaitu Buat Duit dengan Google Adsense.

Sebelum tu, biar saya tunjukkan anda gambar salah seorang insan yang berjaya tahap ‘superman’ dalam Google Adsense ni, lihat gambar di bawah:

buat duit dengan google adsense

Jeremy Shoemoney

Si mamat botak (Hehe, jangan bagitahu dia yee..) ni atau nama popular dia, Jeremy ‘ShoeMoney’ Schoemaker merupakan salah seorang insan yang berjaya menperoleh income 6 ANGKA sebulan dengan program Google Adsense. Di dalam gambar tersebut, itu merupakan salah satu income Google Adsense paling banyak yang pernah diperolehi (27 September 2005) oleh beliau iaitu sebanyak USD 132, 994.97!

USD 1K Sebulan dengan Google Adsense!

Itu kalau diconvertkan ke dalam matawang kita tu bersamaan dengan RM425,942.99 sebulan! Oohhh~admire onion head

Jeremy ni kalau anda baca kisah dia sebelum ni memang agak sadis sikit. Anda boleh baca tentang kisah kejayaan beliau di ShoeMoney.com.

Ini seorang lagi insan berjaya dengan Google Adsense:

Anda boleh baca banyak lagi kisah kejayaan insan-insan yang berjaya dengan Google Adsense ni di SINI.

Macam mana Google Adsense ini berfungsi sebenarnya?

Baiklah, Google Adsense ni berfungsi apabila anda meletakkan iklan mereka di blog anda. Terdapat pelbagai saiz iklan untuk blog yang boleh didapati untuk fungsi tersebut. Terdapat dua jenis iklan yang mereka sediakan iaitu Cost Per Click (CPC) dan Cost Per 1000 Impression (CPM).

CPC atau Cost per Click adalah iklan yang anda siarkan dan akan dibayar apabila pelawat blog anda klik pada iklan tersebut. Manakala, CPM atau Cost per Impression/Cost per 1000 Impressions pula adalah iklan yang membolehkan anda dibayar apabila iklan tersebut mendapat 1000 impressions dari pelawat blog anda.

Google Adsense juga membolehkan anda memilih sama ada mahu menyiarkan iklan di dalam bentuk teks atau iklan di dalam bentuk gambar. Selain tu, Google Adsense turut membenarkan anda memilih kriteria iklan yang sesuai untuk dipaparkan di blog anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai dengan Google Adsense, sila KLIK SINI.

USD 1K Sebulan dengan Google Adsense!

Keperluan untuk mula buat duit dengan Google Adsense.

1. Akaun Google Adsense

Ramai yang dilihat sekarang ini menghadapi masalah apabila mahu memohon akaun Google Adsense. Susah sangat ke? Ok, saya akui, memang susah pun. Huhu..

Untuk memohon akaun Google Adsense, anda perlu mempunyai blog yang mempunyai kandungan yang unik dan berkualiti serta trafik yang agak tinggi dan konsisten. Walaubagaimanapun, terdapat trick whitehat yang membolehkan anda memohon akaun Google Adsense dengan lebih mudah. KLIK SINI.

2. Blog

Ya, untuk mula buat duit dengan Google Adsense, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu blog atau laman web. Dengan adanya blog, bolehlah anda letakkan iklan-iklan yang disediakan oleh pihak Google. Anda boleh menghasilkan blog percuma (Blogger.com) atau blog berbayar (WordPress.org).

3. Kandungan

Kandungan atau content sangat penting bagi blog anda. Anda perlu menghasilkan kandungan sama ada artikel, video atau gambar yang unik (tidak ada duplikasi) dengan kandungan-kandungan lain yang sudah disiarkan oleh blog atau laman web lain.

4. Trafik

Setelah selesai proses 1 hingga 3, proses keempat ini pula memerlukan anda membawa trafik atau pelawat ke blog anda. Tanpa pelawat atau trafik, macam mana iklan anda nak di’Klik’ atau dilihat, betul?

Terdapat pelbagai teknik membawa trafik ke blog anda antaranya seperti:

  • Pemasaran Artikel
  • Pemasaran SEO
  • Pemasaran Video
  • Pemasaran Forum
  • Pemasaran Media Sosial (Facebook, Twitter, Instagram, Pinterest)
  • Pemasaran PDF

Itulah dia keperluan asas untuk mula buat duit dengan Google Adsense. Buat duit dengan Google Adsense ni memerlukan anda work smart dan work hard untuk mula memperoleh pendapatan yang lumayan. Ramai yang menganggap Google Adsense ini agak sukar, tapi, hakikatnya dah ramai yang berjaya buat duit dengan Google Adsense, termasuklah orang Malaysia sekalipun.

Jika anda nak berjaya buat duit dengan Google Adsense ini dan dapat sekitar USD 1k sebulan, anda boleh belajar dari Zazali Nordin, seorang usahawan internet Malaysia yang cukup berpengalaman tentang program pak cik Google ni.

USD 1K Sebulan dengan Google Adsense!

Incoming search terms:

  • bagaimana cpm berfungsi
  • macam mana nak earning adsense guna youtube

About Abu Bakar Abdullah

Abu Bakar Abdullah. Online Marketing Strategist, Media Practitioner dan Blogger. Peminat tegar dunia media baru dan perniagaan. Suka berangan jadi kaya dunia akhirat~

8 comments

  1. Sayangnya adsense masih belum support BM walaupun dah support Bahasa Indonesia

  2. nak tanya bagaimana caranya google ingin membayar pada kita sedangkan ia hanyalah papan iklan shj…. adakah dengan traffic click shj atau ada cara lain…. saya ingin tahu…..

    boleh tak kita berjumpa untuk penjelasan lagi terperinci ……

    • Encik Muhamad, pendapatan dengan Adsense diperoleh apabila pelawat klik iklan pihak Google yang kita letak di blog, video Youtube dan lain-lain platform yang disokong. Pernah dengar Google Adwords? Pihak advertiser akan bayar pihak Google untuk siarkan iklan mereka. Pihak Google ni pulak bayar kita sebagai publisher untuk siarkan iklan-iklan pelanggan pihak si Google..Faham ke ni? Hehe..

  3. Sha dah nak mendaftar dengan Adsense. Buka laman webnya. Disuruhnya Sha ‘Please register for AdSense directly from blogger.com.’
    Sha buka blog tapi dah klik ‘Sediakan Google Adsense’. Ada loading dengan linknya, ada tulis Adsense overview.
    Kemudian, tiada apa-apa yang berlaku. Kosong sahaja.

    Adakah permohonan Sha dihantar atau tidak?

  4. blog bahasa Inggeris dan bahasa Melayu (dua buah blog).
    tapi, bukankah blog Bahasa Melayu yakni Malaysia sudah boleh appy Google Adsense? Sedangkan blog Indonesia sudah lama dapat menikmati iklan Adsense. =)

    • Setakat yang saya tahulah ye, blog yang menggunakan Bahasa Melayu masih tak boleh apply Google Adsense. Kalau dah ada akaun Adsense, nak letak iklan tu di blog Bahasa Melayu takdak masalah..Nak apply je jadi masalah. Blog indonesia lain cerita sebab memang disenaraikan oleh Google. :-) Wallahu’alam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


6 + = thirteen

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge